BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 17, 2010

INFO

TIPS PEMAKANAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN
 
MASIH ramai lagi pengguna yang tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk berdiet dengan Jus Mate 5 (JM5). Disini ada beberapa tips untuk pengguna amalkan semasa mengambil JM5.
Untuk pengguna yang mempunyai berat badan kurang dari 80 kg
Sarapan pagi : Hanya JM5
Tengahari (1 - 2.30 petang) : Gantikan dengan sedikit makanan ringan seperti sup sayur, tomyam atau sandwich. Hanya sedikit nasi jika perlu.
Petang (4 – 6.00 petang) : Ambil buah-buahan seperti epal hijau

Bagi pengguna yang mempunyai berat badan melebihi 80 kg
Sarapan pagi : Hanya JM5
Tengahari (1 – 2.30 petang) : Gantikan dengan sedikit makanan ringan seperti sup sayur, tomyam atau sandwich. Hanya sedikit nasi jika perlu.
Petang (4 – 6.00 petang) : Ambil buah-buahan seperti epal hijau
Malam : Ambil JM5 sebelum tidur

Selepas mengambil JM5, setelah sejam anda bolehlah minum air kosong sebanyak 1.1 liter dan anda akan merasa kenyang. Elakkan mengambil sebarang makanan berkalori selepas empat jam pengambilan JM5.
Anda pasti akan mendapat hasil yang berkesan kerana program diet JM5 ini memberi jaminan kepada anda untuk memperoleh bentuk badan idaman. 

*******************************************************
MEREKA yang berjaya menurunkan berat badan kebanyakannya melakukan perubahan secara berperingkat, bukan secara drastik. Mulakan dengan melakukan perubahan yang anda boleh laksanakan dalam jangka waktu yang panjang. Kemudian ubah tabiat satu demi satu sehingga anda dapat membiasakan diri.

1) Makan perlahan-lahan. Perut mengambil masa kira-kira 20 minit untuk ?memberitahu? otak anda bahawa anda sudah kenyang.

2) Pilih makanan yang memerlukan anda mengunyahnya, Cuba makan buah-buahan seperti epal atau sayuran mentah. Makanan seperti ini dapat melambatkan kadar pemakanan anda.

3) Cuba nikmati snek bersama minuman panas atau suam. Ia dapat membantu anda berasa kenyang.

4) Minum enam hingga lapan gelas air setiap hari. Ia dapat membuatkan perut anda terasa berisi dan membuatkan anda sibuk dengan aktiviti selain daripada ?bergayut? di pintu peti sejuk!

5) Segelas jus oren (240 mililiter) adalah bersamaan dengan tiga biji buah oren. Menikmati oren adalah lebih mengenyangkan daripada meminum air biasa.

6) Makan tengahari sebelum anda meninggalkan tempat kerja. Ini dapat mengelakkan anda daripada terlebih makan ketika makan malam.

7) Berikut adalah contoh snek yang sihat : bertih jagung, roti perancis, buah-buahan, yogurt dan bermacam-macam lagi.

8) Makan makanan yang rendah lemak

9) Setiap kali anda menggerakkan otot, lemak dalam tubuh akan dibakar. Oleh itu, biasakan menaiki tangga berbanding menggunakan lif.

10) Setiap usaha, walau sekecil mana pun dapat membantu mengurangkan lemak di dalam tubuh. Gunakan jam berbanding mentega dan anda dapat mengelakkan 30 kalori dan 5 gram lemak.

0 comments:


EXCHANGE LINK

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com! Powered by BannerFans.com Create your own banner at mybannermaker.com!

Powered by BannerFans.com Create your own banner at mybannermaker.com!
Powered by BannerFans.com Create your own banner at mybannermaker.com!
Cotton House Malaysia